Roti John Legend-ary
Ingredients
Daging cincang
Serbuk kari daging
Air
Bawang merah dicincang halus
Bawang putih dicincang halus
Minyak sayur
Susu Isian Sejat F&N
Garam
Serbuk lada hitam
Telur
Roti sosej, potong dua (jangan putus) dan disapukan dengan mentega atau marjerin
Sos cili, mayonis, Hirisan timun, Hirisan kobis
Instruction
Perap daging cincang bersama serbuk kari dan sedikit air.
Tumis bawang merah dan bawang putih. Kemudian, masukkan daging yang telah diperap dan masak sehingga naik bau.
Campurkan kesemuar bahan-bahan telur dadar dan tambahkan daging ke dalam campuran telur dadar tersebut.
Panaskan kuali yang besar bersama minyak sayur dengan api yang serdahana. Kemudian masukkan campuran telur dadar dan letak roti sosej di atas telur dadar tersebut. Biarkan hingga telur dadar masak sepenuhnya.
Angkat and letakkan sos dan sayur. Sedia untuk dihidang.