Introduction
Fraser & Neave Holdings Bhd and its subsidiary companies (“FNHB”) commits to conduct an effective business under good governance as a foundation of sustainable growth and social acceptance. FNHB has established “ Code of Business Ethics & Conduct” for all FNHB’s directors (“Directors”) and all FNHB’s employees up to and inclusive CEO level (“Employees”) in order to meet such commitment. In addition to this, FNHB strongly encourages that its suppliers adopt and adhere to the same practice, as it would be beneficial to, not only FNHB and its suppliers, but also its customers, local communities, society, and the environment in a wider range. For this reason, FNHB has placed significant importance on its supplier’s capacity building, a key factor in its supply chain, by promoting sustainability development among its suppliers. The Supplier Code of Practice (“SCOP”) is based on the same ethical standard that FNHB adheres to. FNHB looks forward to its suppliers’ compliance with it as FNHB is certain that by following this guideline, FNHB will achieve strong, steady, and sustainable growth together, as well as create a better society and environment.
Scope
The requirements stated hereinafter shall apply to all of FNHB’s suppliers (“Suppliers”), which shall also include other business entities of Suppliers which have business transactions with FNHB, for instance, Suppliers’ parent company, affiliates, subsidiaries, and/or sub-contractors.
A. Business Ethic
Suppliers are expected to conduct their business in accordance with ethical business standards and applicable laws.
Antitrust
Suppliers shall not engage in any form of action that may prevent a fair and competitive business environment.
Business Gift
Suppliers shall not offer, provide, demand, accept, or receive any form of bribery, excessive gifts, entertainments, or other activities having higher value than normal, which could influence FNHB’s and/or Suppliers’ business decisions under any circumstance.
Legal Compliance
Suppliers shall conduct their business in full compliance with applicable laws and regulations.
Confidentiality
Suppliers shall not, in any manner, disclose or use any confidential information of FNHB for their own benefit or for any illegal purposes, unless prior written consent has been obtained.
Conflict of Interest
Suppliers shall avoid any circumstance that could lead to a conflict of interest with FNHB, and are requested to immediately notify FNHB should they encounter any such circumstance.
B. Environmental Management
Suppliers are expected to conduct their business in an environmentally responsible manner.
Contamination
Suppliers shall conduct their business in a cautious manner that prevents chemical contamination or leakage which may be harmful to humans and the ecosystem, and shall develop responsive measures to minimize the impact towards local communities and the environment from the aforementioned scenario.
Resource Consumption
Suppliers shall develop policies or measures to optimize the consumption of available resources in their supply chain processes. Management System Suppliers shall have in place environmental management systems in accordance with international standards or equivalent thereto. We also expect Suppliers to perform environmental impact assessments.
Waste Disposal
Prior to discharge, disposal, or release, Suppliers shall manage and separate hazardous waste appropriately.
C. Human Right
Suppliers are expected to treat their employees equally, with respect and dignity, in accordance with International Labor Organization (ILO) standards and applicable labor laws.
Child and Compulsory Labor
Suppliers shall not engage in or support the use of child labor under minimum age. Furthermore, young worker shall not be assigned to tasks, workplaces and/or working hours prohibited by law, nor shall they be forced to provide labor in any manner.
Equality
Suppliers shall treat their employees equally regardless of their physical or mental differences, such as gender, nationality, race, belief, disability or any other means.
Human Capital Development
Suppliers shall ensure that their employees receive sufficient training hours with regards to their assigned role and responsibility.
Layoffs Practice
Suppliers’ layoff measures shall be in line with applicable laws and regulations, and compensation shall be paid fairly to their employees in accordance with applicable labor laws.
Wages and Benefits
Suppliers shall ensure that wages and benefits including compensations and remunerations, are provided to their employees in accordance with applicable labor laws.
Working Hours
Suppliers are prohibited from forcing their employees to work in excess of the maximum working hours as regulated by labor laws.
D. Occupational Health and Safety
Suppliers are expected to procure and maintain proper workplaces and working environments which are safe and hygienic, in accordance with applicable laws.
Working Conditions
Suppliers shall provide a safe and hygienic workplace and/or working environment, and shall ensure that sufficient and appropriate training and personal protective equipment are provided to their employees. Suppliers shall also develop mitigation plans for emergency situations to reduce potential losses and casualties, and shall strictly comply with applicable laws and regulations.
Occupational Injuries and Illnesses
Suppliers shall develop preventive and remedial measures to support their employees’ occupational injuries or illnesses. Records of such injuries or illnesses shall also be kept appropriately in accordance with applicable laws.
Pengenalan
Fraser & Neave Holdings Bhd dan semua anak syarikatnya (“FNHB”) berkomited dalam menjalankan urus niaga yang efektif di bawah pengelolaan terbaik, sebagai asas atau dasar dalam pembangunan mampan dan pengiktirafan daripada semua masyarakat. Untuk memenuhi komitmen ini, FNHB telah mengeluarkan “Code of Business Ethics & Conduct” atau Kod Etika Perniagaan & Panduan kepada semua warga kerja FNHB sehinggalah peringkat “CEO” atau Ketua Pegawai Eksekutif (“Staf”). FNHB menggalakkan semua pembekalnya menerap dan mengaplikasikan keperluan dan amalan yang sama, bukan sahaja untuk kepentingan FNHB, bahkan untuk semua komuniti di persekitaran pembekal iaitu pelanggan, masyarakat tempatan dan alam sekitar. Justeru, FNHB memandang berat akan kepentingan pembekal sebagai faktor utama dalam proses rantaian pembekalan, yang secara langsung terlibat dalam pembangunan mampan perniagaan. “Supplier Code of Practice” atau Kod Amalan Pembekal (“SCOP”) adalah berdasarkan piawaian etika yang dipatuhi oleh FNHB. FNHB berharap pembekal juga dapat memberikan komitmen yang tinggi untuk bersama-sama merealisasikan pertumbuhan syarikat yang lebih kuat dan stabil, selaras dengan prinsip pembangunan mampan dan mewujudkan masyarakat dan persekitaran yang lebih baik.
Skop
Ketetapan atau syarat-syarat seperti di bawah adalah meliputi semua pembekal FNHB (ʺPembekalʺ), termasuklah syarikat induk Pembekal, bersekutu, anak syarikat dan/atau sub-kontraktor yang mempunyai aktiviti urus niaga dengan FNHB.
A. Etika Perniagaan
Pembekal adalah diharapkan dapat menjalankan urus niaga mengikut piawaian perniagaan dan penuh beretika.
Anti Monopoli
Pembekal tidak dibenarkan terlibat dalam perbuatan atau aktiviti yang mampu menghalang persekitaran perniagaan yang adil dan berdaya saing.
Cenderahati
Pembekal tidak dibenarkan untuk menawarkan, menyediakan, menuntut dan menerima sebarang bentuk rasuah, hadiah/ cenderahati, hiburan dan lain-lain aktiviti yang boleh mempengaruhi keputusan perniagaan FNHB dan/atau Pembekal dalam apa jua keadaan.
Pematuhan Undang-undang
Pembekal hendaklah menjalankan urus niaga dengan mematuhi undang-undang sedia ada.
Perlindungan Maklumat Sulit
Pembekal tidak dibenarkan untuk mengguna atau mendedahkan sebarang maklumat sulit FNHB untuk kepentingan diri atau tujuan yang menyalahi undang-undang, melainkan telah mendapat persetujuan bertulis daripada pihak FNHB yang berkaitan.
Konflik kepentingan
Pembekal hendaklah memaklumkan secara bertulis akan sebarang konflik kepentingan berkaitan dengan ahli keluarga atau hubungan peribadi yang timbul daripada aktiviti urus niaga, bagi mengelakkan situasi yang boleh mencetuskan konflik kepentingan dengan FNHB dan mempengaruhi keputusan perniagaan.
B. Pengurusan Alam Sekitar
Pembekal adalah diharapkan dapat menjalankan urus niaga tanpa mengabaikan tanggungjawab terhadap alam sekitar.
Pencemaran
Pembekal hendaklah menjalankan urus niaga secara berhemah tanpa mencemarkan alam sekitar seperti pencemaran atau kebocoran bahan kimia yang mampu membahayakan nyawa dan menjejaskan ekosistem. Pembekal juga hendaklah mempunyai pelan perancangan untuk meminimumkan impak negatif terhadap masyarakat setempat dan alam sekitar.
Penggunaan Sumber
Pembekal hendaklah mempunyai dasar-dasar atau pelan yang mengoptimumkan penggunaan sumber sedia ada dalam proses rantaian pembekalan. Sistem Pengurusan Pembekal hendaklah mempunyai sistem pengurusan alam sekitar yang bersesuaian dengan piawaian antarabangsa ataupun pihak berkuasa tempatan. Pembekal juga diharapkan dapat menyediakan ʻenvironmental impact assessmentsʼ atau penilaian kesan terhadap alam sekitar.
Bahan Buangan
Sebelum pembuangan, pelupusan atau pelepasan bahan buangan, Pembekal hendaklah mengurus dan memisahkan sisa-sisa bahan buangan berbahaya dengan betul seiring dengan peraturan yang disediakan oleh pihak berkuasa tempatan.
C. Hak Asasi Manusia
Pembekal adalah diharapkan dapat melayan secara adil dan penuh hormat kepada semua pekerja, seiring dengan undang-undang pekerjaan sedia ada.
Buruh Kanak-kanak
Pembekal tidak dibenarkan untuk terlibat atau menyokong penggunaan pekerja bawah umur (buruh kanak-kanak).
Kesaksamaan
Pembekal hendaklah melayan secara adil kepada semua pekerja tanpa mengira perbezaan fizikal atau mental, jantina, kewarganegaraan, bangsa, kepercayaan dan lain-lain.
Pembangunan Modal Insan
Pembekal hendaklah memastikan setiap pekerja diberikan latihan yang mencukupi berkaitan peranan dan tanggungjawab yang telah diamanahkan.
Pemberhentian Pekerja
Pelan pemberhentian pekerja hendaklah bersesuaian dengan undang-undang pekerjaan sedia ada dan pampasan haruslah dibayar secara adil kepada pekerja yang terlibat.
Pendapatan dan Faedah
Pembekal hendaklah memastikan pendapatan dan faedah termasuklah pampasan serta ganjaran kepada pekerja adalah bersesuaian dengan undang-undang pekerjaan sedia ada.
Waktu Pekerjaan
Pembekal adalah tidak dibenarkan memaksa pekerjanya bekerja melebihi waktu pekerjaan maksimum seperti yang termaktub dalam undang-undang pekerjaan sedia ada.
D. Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
Pembekal adalah diharapkan dapat menyediakan tempat pekerjaan yang selamat dan bersih, seiring dengan undang-undang sedia ada.
Suasana Pekerjaan
Pembekal hendaklah menyediakan tempat pekerjaan yang selamat dan bersih, serta memastikan para pekerja mempunyai latihan dan peralatan perlindungan diri (PPE) yang sesuai dan mencukupi. Pembekal juga hendaklah menyediakan ʻmitigation planʼ atau pelan perancangan kecemasan bagi mengurangkan potensi kemalangan dan kerugian.
Kemalangan dan Penyakit
Pembekal hendaklah menyediakan pelan pencegahan dan pemulihan yang dapat membantu pekerja ketika dilanda kemalangan ataupun berpenyakit. Rekod-rekod berkaitan haruslah disimpan sebagai dokumen sokongan, seiring dengan keperluan undang-undang sedia ada.