F&N Clarifies GOLD COIN Product Labelling for the Palestinian Market | 21 October 2025

We would like to acknowledge the concern arising from a video circulating on social media about the language used on the packaging of our Gold Coin product.
We wish to clarify that the said product was exported exclusively for the benefit of the Palestinian market. The packaging clearly states that the product is imported by our customer, Food Collection Co. based in Ramallah City, Palestine, and features English, Arabic and Hebrew text on the label to align with local requirement as requested by our customer.
We reaffirm that Fraser & Neave Holdings Bhd (F&NHB) does not have any business transactions or dealings with Israel. F&NHB remains fully committed to respecting local sensitivities and the sentiments of our consumers as we stand in solidarity with those advocating for peace and justice.
We would like to thank the public for bringing this matter to our attention and we value your continued trust. Should you have further enquiry, do reach out to our consumer hotline at 1800-88-1988 or [email protected].
F&N PERJELASKAN PELABELAN PRODUK GOLD COIN UNTUK PASARAN PALESTIN
Kami mengambil maklum dengan kebimbangan yang timbul susulan penyebaran sebuah video di media sosial berkenaan penggunaan bahasa pada pembungkusan produk Gold Coin keluaran kami.
Kami ingin menjelaskan bahawa produk tersebut telah dieksport secara eksklusif untuk manfaat pasaran Palestin. Pada pembungkusannya tertera dengan jelas bahawa produk ini diimport oleh pelanggan kami, Food Collection Co., yang berpusat di Bandar Ramallah, Palestin, serta memaparkan teks dalam bahasa Inggeris, Arab dan Ibrani selaras dengan syarat tempatan seperti yang diminta oleh pelanggan kami.
Kami ingin menegaskan bahawa Fraser & Neave Holdings Bhd (F&NHB) tidak mempunyai sebarang urusan atau hubungan perniagaan dengan Israel. F&NHB kekal komited untuk menghormati sensitiviti masyarakat tempatan dan sentimen pengguna kami, serta berdiri seiring dengan mereka yang memperjuangkan keamanan dan keadilan.
Kami mengucapkan terima kasih kepada orang ramai kerana telah memaklumkan perkara ini kepada kami dan amat menghargai kepercayaan yang berterusan terhadap kami. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi talian pengguna kami di 1800-88-1988 atau [email protected].