Back

Murtabak Ayam Kuarantin


Serving Size6 pax
Preparation Time20 min
Cooking Time20 min

Ingredients

ROTI
6 keping

Roti Canai/Prata sejuk beku, yang sudah berada dalam suhu bilik

DAGING
300g

Daging kisar

2 biji

Bawang besar dicincang halus

3 ulas

Bawang putih dicincang halus

4 sudu besar

Serbuk kari

Setengah sudu kecil

Garam

1 sudu kecil

Gula

BAHAN-BAHAN LAIN
1 biji

Bawang dihiris halus

6 biji

Telur

Setengah tin

Susu Isian Sejat F&N

Instruction

Step 1

Tumis bawang besar dan bawang putih. Masukkan daging, serbuk kari, garam dan gula. Masak hingga daging naik bau dan kering.

Step 2

Gaulkan daging kisar bersama bawang besar, telur dan Susu Isian Sejat F&N.

Step 3

Ratakan roti dengan penggelek.

Step 4

Panaskan kuali besar dengan sedikit minyak, letakkan roti yang telah di ratakan di atas kuali, kemudian, masukkan suku cawan penuh bahan-bahan murtabak di bahagian tengah roti. Lipat dan tutup inti murtabak hingga membentuk segi empat.

Step 5

Goreng kedua-dua belah murtabak selama 3 minit.

Step 6

Angkat dan ulang langkah yang sama dengan bahan selebihnya. Hidang bersama kari ayam.