Pakar Kambing Bakar Coming
Ingredients
Daging kambing tanpa tulang
Garam
Lada hitam
Minyak
Bawang besar dipotong dadu
Bawang putih yang dipotong
Mentega
Tepung gandum
Daun rosemary kering
Lada hitam
Daun salam
Air
Kiub stok daging
Susu Isian Sejat F&N
Instruction
Perap daging kambing dengan garam, lada hitam dan minyak.
Untuk menyediakan sos perang, cairkan mentega, masukkan bawang besar and bawang putih, tumiskan hingga wangi. Kemudian masukkan tepung gandum dan masak sehingga kekuningan.
Tambahkan air, kiub stok daging, daun rosemary kering, daun salam, lada hitam, dan masak selama 10 minit. Masukkan Susu Isian Sejat F&N. Biarkan sementara selepas mendidih.
Bakar setengah bahagian kambing di dalam kuali dan masak kedua-dua belahsehingga menjadi kuning keemasan. Letakkan 4 sudu besar sos perang ke dalam kuali dan masak bersama kambing. Angkat bila sudah masak dan ulang langkah yang sama untuk setengah bahagian lagi.
Curahkan sos perang selebihnya diatas kambing bakar. Sedia untuk dihidang.